Wednesday 11 April 2012

Fakta tentang kambing - Cinta Penternak Kambing


Dalam dunia penternakan kambing global, beberapa istilah penting yang perlu diketahui oleh penternak supaya anda tidak keliru atau dianggap sebagai amatur.  Antara yang biasa digunakan ialah istilah “buck” atau pejantan yang merujuk kepada kambing jantan dewasa yang sudah matang. Jantan yang telah dikasi pula dirujuk sebagai “wether”.  Kambing betina dewasa dipanggil “doe”. Secara umumnya kambing yang belum matang dipanggil anak.  Anak kambing jantan kurang setahun pula dipanggil “buckling” sementara kambing betina kurang setahun dipanggil “doelings”. Kadang-kadang anak kambing ini digelar “nanny” (betina) dan “billy” (jantan) untuk membezakan jantinanya. Baru aku paham sekarang term-term seperti ini. Antara fakta tentang kambing yang sempat saya baca adalah:

  1. Kambing adalah haiwan pertama yang dibela oleh manusia pada zaman 7,000-10,000SM.
  2. Sejarah zaman Egypt mengatakan bahawa Pharaoh Cephranes dikebumikan bersama 2,000 ekor kambing.
  3. Kambing hidup 8-12 tahun
  4. Saiz kambing berbeza mengikut baka. Betina dianggarkan sekitar 10-135kg dan jantan sedikit berat 12-172kg. Baka untuk daging lebih berat daripada baka untuk susu.  Kambing jantan aktif secara seksual seawal usia 4 bulan dan betina pada usia 7 bulan.
  5. Kambing bersifat peragut daripada rumput ke pucuk-pucuk daun.  Kambing boleh hidup di tanah yang menyebabkan lembu dan biri-biri mati kebuluran kerana sifat peragut yang memilih dan mempunyai pilihan tumbuhan yang sangat banyak.
  6. Kambing boleh beranak 1-6 ekor setahun. Kelahiran kembar adalah sangat biasa. Sementara kelahiran 4-6 ekor adalah sangat jarang.
  7. Dianggarkan terdapat 500 juta kambing di dunia, di mana 3 juta adalah di US dan 170 juta di China. Kebanyakan populasi kambing ini adalah di negara sedang membangun. Pengimport terbesar adalah US dan pengeskport terbanyak ialah Australia. 
  8. Di seluruh dunia, dianggarkan lebih ramai orang mengambil daging kambing berbanding daging lain (termasuk lembu dan ayam) di mana banyak penggunaan di negara membangun sukar dianggarkan  secara tepat. Dianggarkan pengambilan susu di seluruh dunia adalah susu kambing.
  9. Daging kambing dipanggil “Chevon” atau “Cabrito”. Ia kurang kandungan lemak dan kolestrol berbanding daging lembu, babi dan ayam.
  10. Pada masa dahulu, kambing selalu disimpan di kapal pelayar sebagai sumber susu segar dan daging.
  11. Memiliki penglihatan malam yang sangat baik dan selalu dijumpai meragut pada waktu malam.
  12. Kambing tidak harus disimpan atau dibela sendirian. Ia adalah haiwan ternakan yang suka tinggal berkumpulan. Boleh menerima kehadiran haiwan lain dalam kumpulannya seperti kuda dan kambing.
  13.  Kambing tidak memiliki gigi depan sebelah atas melainkan bentuk “gum pad”  yang keras di sebelah atas.
  14.  Kambing adalah perenang yang baik. Betul ke? Setakat ini tak pernah pulak tengok kambing berenang lagi.



Susu kambing dan khasiat pengambilan berterusan: Penemuan Saintis Sepanyol (ScienceDaily, May 18, 2011) — Penyelididik di University of Granada menemui susu kambing mempunyai ciri-ciri manfaat nutrisi untuk kesihatan, mempunyai banyak nutrisi yang hampir sama dengan susu ibu - Cinta Penternak Kambing






Penemuan yang diketuai oleh profesor Margarita Sánchez Campos dari University of Granada Department of Physiology and Institute of Nutrition and Food Technology membuktikan bahawa susu kambing memiliki ciri-ciri manfaat nutrisi untuk kesihatan. Pengambilan susu kambing secara berterusan oleh seseorang individu yang mengalami kekurangan zab besi atau anemia, membantu pemulihan kerana ia membantu pengambilan zat besi dan pembentukan hemoglobin.

Susu kambing melindungi kestabilan DNA, walaupun dalam keadaan lebihan zat besi disebabkan pengambilan berterusan untuk merawat anemia.

Penyelidik University of Granada juga menemukan susu kambing mempunyai banyak nutrisi seperti  casein, khasiat yang hampir sama dengan susu ibu. Susu kambing mengandungi kurang casein alpha 1 –seperti susu ibu, yang menyebabkan kebanyakan kejadian allergy kepada susu lembu.  Kata beliau "Disebabkan masalah ini, di sesetengah negara susu kambing digunakan sebagai asas pembuatan formula untuk bayi menggantikan susu lembu”.

Kebaikan tambahan susu kambing ialah mengandungi jumlah oligosaccharides yang signifikan. Susu kambing mengandungi banyak oligosaccharides yang komposisinya hampir sama dengan susu ibu. Kandungan oligosaccharides ini mencapai usus besar yang tidak tercerna dan bertindak sebagai prebiotik, ia membantu pembentukan probiotic flora yang bersaing dengan pathogenic bacterial flora, dan menyingkirkannya.

Kurang Laktosa (Lactose)

Kandungan laktosa pada susu kambing juga adalah kurang berbanding susu lembu, 1% kurang, dan mudah dicernas.

Kelebihan susu kambing ini juga terletak pada kandungan fatty acids (linoleic and arachidonic)  yang lebih banyak berbandning susu lembu. Kedua-duanya tergolong dalam omega-6 series. Namun, susu kambing mempunyai 30-35% medium-chain fatty acids (C6-C14) MCT, sementara susu lembu hanya ada 15-20%. Fatty acids ini membekalkan sumber tenaga segera kepada badan dan tidak disimpan sebagai lemak badan. Tambahan, lemak susu kambing ini mengurangkan keseluruhan paras kolestrol dalam badan dan menggekalkan paras triglycerides dan transaminases (GOT and GPT) dalam badan. Justeru itu, susu kambing menjadi pilihan makanan bagi mengelakkan penyakit berkaitan jantung.

Berbanding komposisi mineral, penyelidik dari universiti ini menjelaskan bahawa susu kambing kaya dengan calcium and phosphorus, yang mana baik untuk pembentukan tulang.  Ia juga mengandungi lebih kandungan zinc and selenium, nutrisimikro penting yang bertindak sebagai pertahanan antioxidant untuk badan dan mengelak penyakit berkaitan neurodegenerative.

Penyelidik ini berpendapat bahawa “susu kambing boleh dianggap sebagai makanan semulajadi serbaguna dan pengambilannya perlu digalakkan kepada umum, terutamanya kepada mereka yang allergy atau alah pada susu lembu, daya penyerapan tubuh yang rendah, paras kolestrol yang tinggi, anemia, osteoporosis (tulang lemah) atau mengalami masalah kesihatan yang memerlukan pengambilan zat besi berterusan."

Monday 9 April 2012

Pengunaan Effective Microorganisms (EM) dalam ternakan kambing - Cinta Penternak Kambing


Kesempatan melawat ladang kambing milik En. Mohd Safril minggu lepas yang terletak di Sepang memberi  banyak maklumat dan pengetahuan kepada saya cara-cara membuat baja organik menggunakan tinja kambing melalui penggunaan EM yang diberi dalam makanan ternakan dan semburan pada tinja kambing. Ladang kecil yang diusahakan sendiri oleh beliau dengan bantuan seorang pekerja mempunyai sekitar 40 ekor kambing, namun kegigihan beliau menimba ilmu dengan pelbagai pihak sebelum bekecimpung mengusahakan ternakan kambing ini amat saya kagumi.  Mana tidaknya sebaik sahaja menjejak kaki ke kandang kambing beliau, saya amat terpegun dengan keadaan fizikal ternakan beliau yang sangat sihat dan gemuk. Mungkin sebab formula makanan yang digunakan oleh beliau melalui ilmu yang dituntut dari penternak-penternak lain, kursus dan latihan dengan JPV dan formula yang diubahsuai oleh beliau melalui percubaan dan experiment. Beliau mengamalkan penggunaan EM.1 (jenama produk daripada EM) yang dibancuh dikenali sebagai Emas (Emas ini juga perlu dibancuh sebelum digunakan) dan dicampur dalam makanan dedak ternakan, disembur di atas kandang dan dibawah kandang bersama tinja kambing. Kemudian tinja ini akan dikumpul sebelum diproses untuk menghasilkan baja organik.

Kebetulan pada hari tersebut seekor kambing kacukan beliau melahirkan 2 ekor anak dan melihat saiz betina tersebut saya semacam tidak percaya sebenarnya berat ibu kambing kacukan tersebut melebihi 50kg! Dari penglihatan saya, kebanyakan kambing betina beliau juga mempunyai saiz yang agak besar, gemuk dan sihat-sihat belaka dan saya anggarkan kebanyakannya sekitar 40kg. Dengan kelebihan formula makanan tersebut dan memastikan ternakan mendapat makanan yang secukupnya juga ibu-ibu kambing beliau mampu menggeluarkan banyak susu. Beliau menjelaskan bahawa produksi susu sehari yang dapat dikeluarkan setiap hari ialah sebanyak 16 Liter. Bayangkan pendapatan sebulan yang  mampu diraih oleh beliau walaupun jumlah ternakan tidak seberapa. Pada masa tersebut juga terdapat beberapa pembeli tetap yang datang berkunjung untuk membeli susu daripada beliau hinggakan kata beliau kadang-kala bekalan beliau tidak mencukupi kerana beliau juga mempunyai pelanggan tetap yang membuat tempahan dalam jumlah yang banyak. Berbalik kepada penggunaan EM tadi, mesti ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya EM dan fungsinya.


Maksud EM

EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari Jepun dan sudah berada di pasaran tahun 1983. Cuma di Malaysia ramai yang belum lagi mengenali fungsi EM dan manfaat penggunaannya dalam kehidupan seharian. Melalui kajian dan bacaan saya juga baru mengenali bahawa penggunaan EM ini sangat meluas dan meliputi hampir seluruh aspek kehidupan kita iaitu:
·       
 -         -Kegunaan dalam kehidupan harian dan kegunaan semua orang
·        - Kitar semula sisa buangan dapur dan boleh dijadikan bahan organic yang sangat berguna
·   -Kegunaan taman bagi memperbaiki struktur tanah, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan  penyakit
·        - Menyelesaikan masalah alam seperti pencemaran air, udara dan tanah
·       - Pertanian, penternakan (juga haiwan peliharaan, akuarium, kolam renang) dan perikanan
·        - Kegunaan peribadi dan kebersihan badan serta menggelak atau merawati masalah kesihatan

Formula pembuatan Baja Organik melalui penggunaan EM yang dipraktik oleh beliau akan saya siarkan dalam penulisan akan datang selepas saya cuba sendiri di ladang kami.


Inilah gambar kenang-kenangan di ladang beliau. 

tengok la ambing saanen dia 

cross betina Jamnapari lebih 50kg, susu 1.5L sehari

gemuk dan sihat


seronok tengok kambing-kambing dia



bukan bunting tapi sihat!




ni la yg dipanggil Emas (kanan), kiri tu molases(gula merah)






                                   tengah menyembur bancuhan EM pada tinja kambing




creative, cipta sendiri tempat penyangkut  

ni la bendanya bleh sangkut kat motor leh angkut rumput


ni dah siap leh bungkus dan jual


EM.1

ni la rupa dedak


Saturday 7 April 2012

Kemasukan 177 ekor kambing Boer asli dari South Afrika - Cinta Penternak Kambing

Pada awal tahun 2010, pihak ladang selamat membawa masuk 177 ekor kambing Boer asli South Afrika. Urusan mengimport dan permohonan permit import daripada JPH juga berjalan lancar dengan ketibaan kambing di kargo MAS, KLIA. Segala persiapan dan pengangkutan juga diuruskan sendiri oleh pihak ladang dan mendapat kelulusan kuarantin JPH di ladang Rumpun Asia di rumah yang baru siap. Pegawai JPH juga melakukan pemeriksaan dan pengambilan sampel darah kambing untuk  memastikan ternakan bebas daripada sebarang penyakit. Di bawah ini ialah kenangan saat-saat penantian dan penerimaan kambing Boer ini di KLIA dan pemindahan kambing ke ladang Rumpun Asia Sdn Bhd di Batang Kali 


Kenangan bersama kakitangan dan pelajar terlibat

Pic jantan Boer South Afrika


En. Shahrul dan En. Nizam

En Pani

Pemeriksaan peg. JPV di KLIA

Kena pindah pula ke lori kecil sebab trailer tak dapat masuk ke kawasan ladang

Lori UM

Saat ketibaan

Pic kambing yang sedia menghuni rumah baru


Program ET bersama Dr Jean V. Nierkerk., Prof Ramli dan Prof Wan Khdijah

Pakar ET

Pic kenangan 

Usaha awal membangunkan Ladang Rumpun Asia Sdn Bhd di Batang Kali, Selangor - Cinta Penternak Kambing

Ladang Rumpun Asia Sdn Bhd mula dibangunkan pada akhir tahun 2007 di kawasan Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Hulu Sg. Tamu, Batang Kali, Selangor. Penubuhan ladang ternakan kambing ini adalah hasil kolaborasi antara Rumpun Asia Sdn Bhd dengan Universiti Malaya (UM) melalui usaha R&D berterusan khususnya dalam bidang biotechnologi bagi meningkatkan pengeluaran kambing tempatan dan produk sampingan.

Pada akhir tahun 2007, ladang ini mula beroperasi dengan siapnya rumah kambing A berukuran 40'x100' persegi dengan kemasukan 150 ekor kambing baka Boer, Jermasia, Feral dan kambing campuran. Kawasan ladang seluas 20 ekar mula dibersihkan dan disusuli dengan penyediaan kemudahan asas seperti pejabat, rumah pekerja, stor, mesin chopper, jalan masuk, jambatan dan menanam kawasan ladang dengan rumput nappier. Banyak cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi dalam merialisasikan usaha membangunkan ladang ini memandangkan keadaan topografi kawasan ladang yang berbukit dan curam, masalah mencari pekerja dan kesukaran mendapatkan bekalan rumput yang mencukupi untuk ternakan. Ladang terus berkembang dengan siapnya rumah kambing B dengan disusuli rumah kambing C. Bilangan ternakan juga semakin bertambah dan sehingga April 2012 bilangan ternakan berjumlah 650 ekor dengan kemasukan kambing Boer asli dari South Africa berjumlah 177 ekor. Sehingga kini, terdapat juga kambing Katjang (kambing kampung) dan Saanen diternak di sini.

Ladang juga telah mula menjual hasil ternakan kambing hidup sebagai baka atau untuk sembelih dan aqiqah selain pengeluaran susu kambing. Pada masa ini pihak ladang sedang dalam fasa akhir memprosos baja organik sebagai produk sampingan yang terbukti keberkesanannya meningkatkan kesuburan tanaman dan meningkatkan pengeluaran tanaman.

Pemandangan indah ladang dari atas bukit
Kerja-kerja menyiapkan jalan masuk ke ladang

Pembinaan rumah kambing B

Kerja-kerja awal membersihkan kawasan ladang

Pembinaan rumah pekerja

Pembinaan stor

Latar belakang rumah B yang telah siap

Latar belakang kawasan ladang berbukit dan bercerun

Rumah A

Rumah B
Pejabat dan bilik makmal

Kerja-kerja merata tanah untuk pembinaan rumah D