Penemuan yang diketuai oleh profesor Margarita Sánchez Campos dari University of Granada Department of
Physiology and Institute of Nutrition and Food Technology membuktikan bahawa
susu kambing memiliki ciri-ciri manfaat nutrisi untuk kesihatan. Pengambilan
susu kambing secara berterusan oleh seseorang individu yang mengalami
kekurangan zab besi atau anemia, membantu pemulihan kerana ia membantu
pengambilan zat besi dan pembentukan hemoglobin.
Susu kambing melindungi kestabilan
DNA, walaupun dalam keadaan lebihan zat besi disebabkan pengambilan berterusan
untuk merawat anemia.
Penyelidik University of
Granada juga menemukan susu kambing mempunyai banyak nutrisi seperti casein,
khasiat yang hampir sama dengan susu ibu. Susu kambing mengandungi kurang casein alpha 1 –seperti susu ibu, yang
menyebabkan kebanyakan kejadian allergy kepada susu lembu. Kata beliau "Disebabkan masalah ini, di
sesetengah negara susu kambing digunakan sebagai asas pembuatan formula untuk
bayi menggantikan susu lembu”.
Kebaikan tambahan susu
kambing ialah mengandungi jumlah oligosaccharides
yang signifikan. Susu kambing mengandungi banyak oligosaccharides yang komposisinya hampir sama dengan susu ibu.
Kandungan oligosaccharides ini
mencapai usus besar yang tidak tercerna dan bertindak sebagai prebiotik, ia
membantu pembentukan probiotic flora yang
bersaing dengan pathogenic bacterial
flora, dan menyingkirkannya.
Kurang Laktosa (Lactose)
Kandungan laktosa pada
susu kambing juga adalah kurang berbanding susu lembu, 1% kurang, dan mudah
dicernas.
Kelebihan susu kambing
ini juga terletak pada kandungan fatty
acids (linoleic and arachidonic) yang lebih banyak berbandning susu lembu.
Kedua-duanya tergolong dalam omega-6
series. Namun, susu kambing mempunyai 30-35%
medium-chain fatty acids (C6-C14) MCT, sementara susu lembu hanya ada 15-20%.
Fatty acids ini membekalkan sumber
tenaga segera kepada badan dan tidak disimpan sebagai lemak badan. Tambahan,
lemak susu kambing ini mengurangkan keseluruhan paras kolestrol dalam badan dan
menggekalkan paras triglycerides dan transaminases (GOT and GPT) dalam badan.
Justeru itu, susu kambing menjadi pilihan makanan bagi mengelakkan penyakit berkaitan
jantung.
Berbanding komposisi mineral,
penyelidik dari universiti ini menjelaskan bahawa susu kambing kaya dengan calcium and phosphorus, yang mana baik untuk pembentukan tulang. Ia juga mengandungi lebih kandungan zinc and selenium, nutrisimikro penting yang bertindak sebagai pertahanan antioxidant untuk badan dan mengelak
penyakit berkaitan neurodegenerative.
Penyelidik ini
berpendapat bahawa “susu kambing boleh
dianggap sebagai makanan semulajadi serbaguna dan pengambilannya perlu
digalakkan kepada umum, terutamanya kepada mereka yang allergy atau alah pada susu lembu, daya penyerapan tubuh yang
rendah, paras kolestrol yang tinggi, anemia, osteoporosis (tulang lemah) atau mengalami masalah kesihatan yang
memerlukan pengambilan zat besi berterusan."