Monday 9 April 2012

Pengunaan Effective Microorganisms (EM) dalam ternakan kambing - Cinta Penternak Kambing


Kesempatan melawat ladang kambing milik En. Mohd Safril minggu lepas yang terletak di Sepang memberi  banyak maklumat dan pengetahuan kepada saya cara-cara membuat baja organik menggunakan tinja kambing melalui penggunaan EM yang diberi dalam makanan ternakan dan semburan pada tinja kambing. Ladang kecil yang diusahakan sendiri oleh beliau dengan bantuan seorang pekerja mempunyai sekitar 40 ekor kambing, namun kegigihan beliau menimba ilmu dengan pelbagai pihak sebelum bekecimpung mengusahakan ternakan kambing ini amat saya kagumi.  Mana tidaknya sebaik sahaja menjejak kaki ke kandang kambing beliau, saya amat terpegun dengan keadaan fizikal ternakan beliau yang sangat sihat dan gemuk. Mungkin sebab formula makanan yang digunakan oleh beliau melalui ilmu yang dituntut dari penternak-penternak lain, kursus dan latihan dengan JPV dan formula yang diubahsuai oleh beliau melalui percubaan dan experiment. Beliau mengamalkan penggunaan EM.1 (jenama produk daripada EM) yang dibancuh dikenali sebagai Emas (Emas ini juga perlu dibancuh sebelum digunakan) dan dicampur dalam makanan dedak ternakan, disembur di atas kandang dan dibawah kandang bersama tinja kambing. Kemudian tinja ini akan dikumpul sebelum diproses untuk menghasilkan baja organik.

Kebetulan pada hari tersebut seekor kambing kacukan beliau melahirkan 2 ekor anak dan melihat saiz betina tersebut saya semacam tidak percaya sebenarnya berat ibu kambing kacukan tersebut melebihi 50kg! Dari penglihatan saya, kebanyakan kambing betina beliau juga mempunyai saiz yang agak besar, gemuk dan sihat-sihat belaka dan saya anggarkan kebanyakannya sekitar 40kg. Dengan kelebihan formula makanan tersebut dan memastikan ternakan mendapat makanan yang secukupnya juga ibu-ibu kambing beliau mampu menggeluarkan banyak susu. Beliau menjelaskan bahawa produksi susu sehari yang dapat dikeluarkan setiap hari ialah sebanyak 16 Liter. Bayangkan pendapatan sebulan yang  mampu diraih oleh beliau walaupun jumlah ternakan tidak seberapa. Pada masa tersebut juga terdapat beberapa pembeli tetap yang datang berkunjung untuk membeli susu daripada beliau hinggakan kata beliau kadang-kala bekalan beliau tidak mencukupi kerana beliau juga mempunyai pelanggan tetap yang membuat tempahan dalam jumlah yang banyak. Berbalik kepada penggunaan EM tadi, mesti ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya EM dan fungsinya.


Maksud EM

EM ini adalah singkatan bagi Efektif Microorganisma. EM terbentuk daripada kombinasi mikroorganisma yang berguna yang mana banyak terdapat dalam alam semulajadi. Kombinasi ini mambantu meningkatkan daya ketahanan semulajadi pada tanah, tanaman atau tumbuhan, manusia dan ternakan atau haiwan. Justeru itu, penggunaan EM ini dapatlah dikatakan membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanah dan seterusnya membantu pertumbuhan dan kualiti tanaman. Sebenarnya penggunaan EM ini telah digunakan meluas di negara-negara asing khususnya di Jepun, Europe dan Amerika sejak penemuannya oleh Prof. Teruo Higa dari Jepun dan sudah berada di pasaran tahun 1983. Cuma di Malaysia ramai yang belum lagi mengenali fungsi EM dan manfaat penggunaannya dalam kehidupan seharian. Melalui kajian dan bacaan saya juga baru mengenali bahawa penggunaan EM ini sangat meluas dan meliputi hampir seluruh aspek kehidupan kita iaitu:
·       
 -         -Kegunaan dalam kehidupan harian dan kegunaan semua orang
·        - Kitar semula sisa buangan dapur dan boleh dijadikan bahan organic yang sangat berguna
·   -Kegunaan taman bagi memperbaiki struktur tanah, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan  penyakit
·        - Menyelesaikan masalah alam seperti pencemaran air, udara dan tanah
·       - Pertanian, penternakan (juga haiwan peliharaan, akuarium, kolam renang) dan perikanan
·        - Kegunaan peribadi dan kebersihan badan serta menggelak atau merawati masalah kesihatan

Formula pembuatan Baja Organik melalui penggunaan EM yang dipraktik oleh beliau akan saya siarkan dalam penulisan akan datang selepas saya cuba sendiri di ladang kami.


Inilah gambar kenang-kenangan di ladang beliau. 

tengok la ambing saanen dia 

cross betina Jamnapari lebih 50kg, susu 1.5L sehari

gemuk dan sihat


seronok tengok kambing-kambing dia



bukan bunting tapi sihat!




ni la yg dipanggil Emas (kanan), kiri tu molases(gula merah)






                                   tengah menyembur bancuhan EM pada tinja kambing




creative, cipta sendiri tempat penyangkut  

ni la bendanya bleh sangkut kat motor leh angkut rumput


ni dah siap leh bungkus dan jual


EM.1

ni la rupa dedak


1 comment:

  1. Slmt pg..brtmbh sorg lg rkan blog trnakan.bgus bro..bleh share mklmat n pnglman..trkjut nmpk 16ltr shari susu tu.ingtkn seekor.brpe pruta susu saanen tu bro?biase saanen d tmpt asal bleh hsilkn sktar 6lter susu.tp d iklim tropika skitar 3lter shj.mgkin jermasia bleh hsilkn baka susu yg shebat saanen khas utk iklim tropika..hehe

    Kmbg yg dtrnk scra intensif biasenye yg aku jmpe mmg chat2 mcm tu..kalau ckup mkan.tp yela mcm mnusia kalu gmuk mmg xelok wpun chat.kurang aktif..tkut beri kesan kpd genetik yg dhsilkn..:-)

    ReplyDelete