Saturday 7 April 2012

Usaha awal membangunkan Ladang Rumpun Asia Sdn Bhd di Batang Kali, Selangor - Cinta Penternak Kambing

Ladang Rumpun Asia Sdn Bhd mula dibangunkan pada akhir tahun 2007 di kawasan Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Hulu Sg. Tamu, Batang Kali, Selangor. Penubuhan ladang ternakan kambing ini adalah hasil kolaborasi antara Rumpun Asia Sdn Bhd dengan Universiti Malaya (UM) melalui usaha R&D berterusan khususnya dalam bidang biotechnologi bagi meningkatkan pengeluaran kambing tempatan dan produk sampingan.

Pada akhir tahun 2007, ladang ini mula beroperasi dengan siapnya rumah kambing A berukuran 40'x100' persegi dengan kemasukan 150 ekor kambing baka Boer, Jermasia, Feral dan kambing campuran. Kawasan ladang seluas 20 ekar mula dibersihkan dan disusuli dengan penyediaan kemudahan asas seperti pejabat, rumah pekerja, stor, mesin chopper, jalan masuk, jambatan dan menanam kawasan ladang dengan rumput nappier. Banyak cabaran dan dugaan terpaksa ditempuhi dalam merialisasikan usaha membangunkan ladang ini memandangkan keadaan topografi kawasan ladang yang berbukit dan curam, masalah mencari pekerja dan kesukaran mendapatkan bekalan rumput yang mencukupi untuk ternakan. Ladang terus berkembang dengan siapnya rumah kambing B dengan disusuli rumah kambing C. Bilangan ternakan juga semakin bertambah dan sehingga April 2012 bilangan ternakan berjumlah 650 ekor dengan kemasukan kambing Boer asli dari South Africa berjumlah 177 ekor. Sehingga kini, terdapat juga kambing Katjang (kambing kampung) dan Saanen diternak di sini.

Ladang juga telah mula menjual hasil ternakan kambing hidup sebagai baka atau untuk sembelih dan aqiqah selain pengeluaran susu kambing. Pada masa ini pihak ladang sedang dalam fasa akhir memprosos baja organik sebagai produk sampingan yang terbukti keberkesanannya meningkatkan kesuburan tanaman dan meningkatkan pengeluaran tanaman.

Pemandangan indah ladang dari atas bukit
Kerja-kerja menyiapkan jalan masuk ke ladang

Pembinaan rumah kambing B

Kerja-kerja awal membersihkan kawasan ladang

Pembinaan rumah pekerja

Pembinaan stor

Latar belakang rumah B yang telah siap

Latar belakang kawasan ladang berbukit dan bercerun

Rumah A

Rumah B
Pejabat dan bilik makmal

Kerja-kerja merata tanah untuk pembinaan rumah D

5 comments:

  1. Salam..berapa ek harga kambing tuk aqiqah..siap sembelih..

    ReplyDelete
  2. Salam..berapa ek harga kambing tuk aqiqah..siap sembelih..

    ReplyDelete
  3. Salam..berapa ek harga kambing tuk aqiqah..siap sembelih..

    ReplyDelete
  4. Salam..berapa ek harga kambing tuk aqiqah..siap sembelih..

    ReplyDelete
  5. Salam..berapa ek harga kambing tuk aqiqah..siap sembelih..

    ReplyDelete